Friday, March 23, 2018

JJF 2018: Sightseeing

ini adalah post ke-3 untuk siri JJF 2018. saya janji, ini yang last.

Sebab konsert JJF mula pada pukul 4 petang. Ramai yang datang lebih awal, sekitar jam 3 petang. kami ada masa dari pagi hingga ke tengahari untuk sightseeing and do some shopping! Jadi, ini adalah post berkaitan aktiviti tersebut. 

1 mac 2018 (Khamis) 
ini tiada apa pun. cuma perlu cari SIM card dan jajan. Indomaret! convenience store 24 jam yang sangat berkesan di Jakarta. setiap hujung lorong ada ni Indomaret. ala 7E gitu lah. this is the nearest Indomaret from our Hotel. 


2 mac 2018 (Jumaat)


3 mac 2018 (Sabtu)

4 mac 2018 (Ahad)

Monday, March 19, 2018

JJF 2018: Food

Ini adalah siri 2 post JJF 2018.

kali ini, cerita pasal makanan sebab saya suka makan. ini juga akan kena itemized dengan harga dan tempat di mana makanan tersebut dinikmati. saya extend holiday saya di Jakarta selepas JJF. tapi, supaya post ini koheren, saya akan cerita makanan yang kami makan sepanjang JJF sahaja. 

Another post on the food i had after JJF in Jakarta will be updated in another post (if i have the time to update and upload). you always can check my Instagram for pictures and snippets from the holidays. 

post ini akan cover perbelanjaan makan pada 1-4 mac. Termasuk yang dimakan di KL. kau, sabar sajalah dengan post panjang berjela ni. 

Thursday, March 15, 2018

JJF 2018: Budget

Saya baru balik dari Jakarta untuk JJF 2018. It was an amazing 3-day concert. Jadi, untuk yang berminat untuk join next year, sebab ini acara tahunan, mungkin post ini dapat membantu sedikit perancangan anda. Terutamanya untuk persediaan kewangan. 

Java Jazz Festival (JJF) adalah acara tahunan yang menampilkan pemuzik Jazz antarabangsa dan tempatan pada  hujung minggu pertama bulan Mac. Konsep konsert ini adalah terbuka (dan ada juga yang memerlukan tiket extra untuk konsert tertutup). JJF biasanya dianjurkan oleh BNI (Bank Negara Indonesia) dan ditaja oleh banyak agensi lain, jadi, konsert ini sangat happening dan sangat berbaloi untuk di hadiri. Venue acara adalah di JIExpo, Kemayoran, Jakarta. 

Pecahan budget: 
1. Tiket Konsert
2. Tiket Flight
3. Accomodation (Hotel and Transport)
4. Makan
5. Sightseeing/Shopping

budget untuk Nombor 4 dan 5 akan ada post sendiri selain ada link ke Instagram. kita cover dalam post ini nombor 1-3 saja. sebab itu yang paling banyak guna duit kan?

Tiket Konsert: RM280
saya beli tiket awal. sebenarnya, boleh dapat lagi murah kalau ada kenalan atau family yang tinggal di Indonesia yang boleh buat transaksi akaun BNI. Banyak diskaunnya. Saya punya tiket, 3 day pass: Harganya ialah Rp849,000. lebih kurang RM280 la. macam mahal kan? but, international concert in KL cost paling cikai pun RM120/night. ini 3 malam punya okey. 

Tiket Flight: RM559.43
Saya tinggal di Kuching, jadi of course budget flight tickets saya akan lebih banyak berbanding kalau dari KL atau KK kan. (KK ada straight flight to Jakarta run by Lion Air. ada 2 kali flight per week, wednesday and sunday) Do check out their website here. Saya beli tiket Air Asia masa promosi. THANK GOD FOR AIRASIA. Now everyone can fly. 
a) Kuching- KL- Kuching : RM222.24
b) KL-Jakarta-KL : RM300.09 (inclusive of 20kg luggage, meal and seat, both way) [for the tix only, its RM159.00]

saya tambah luggage for KL-Kuching (RM37.10 for 20kg). there's option 15kg for domestic at RM30.74. For international flight, luggage weight start at 20kg. For Jakarta, the rate is RM45 for 20kg. 

okey. done with the hardest part. perlu buat tempahan awal supaya dapat harga murah-murah macam ni. 

Accomodation (Hotel dan Transport): 
RM 395.00
saya selalunya guna apps Booking. com untuk hotel booking. saya juga suka guna Traveloka.com. ya, saya buat perbandingan harga di Trivago.com. memang berkesan. sometimes, i also use Agoda.com for hotel booking. 

tapi, untuk trip kali ini, Wife si Ed handled the room booking. jadi, saya goyang kaki join and i paid RM195 untuk 4 malam di Hotel Neo, Mangga Dua. tempat ini agak dekat dengan Kemayoran untuk memudahkan perjalanan balik dari konsert ke hotel lewat malam/ awal pagi after the concert. untuk transport, sebab kami jalan berkumpulan, i'll just lump sum Rm50/day. so, transport is RM200. 

untuk transport, banyak pilihan yang ada. kalau travel solo, paling cepat guna ojek (teksi motorsikal), kadang-kadang lebih mahal. tapi, gerenti cepat. i travelled by this method coming back from concert to my accomodation in 2017, when i went for JJF alone. Grab and Uber ada juga di Jakarta. Taxi, i always go around with BlueBird Company. most trusted taxi company in Jakarta. their taxi is clean, driver usually knowledgeable and most importantly, jarang menipu lah. 

sekian dulu budget untuk JJF 2018 bagi 3 perkara paling penting. setakat ini jumlah budget adalah:

RM1234.43

but, of course lebih sikit dari itulah kan. transport to airport, from airport. i'll give a link to my itemized and detailed expanses on MS Excel here. semoga bermanfaat. 

Sunday, March 11, 2018

SENARAI BUKU HENDAK DIBACA 2018

Lagi post berkaitan senarai buku. ini adalah post senarai buku yang saya mahu dapatkan dan betul-betul mahu baca sepanjang tahun 2018. Senarai ini akan jadi panjang, sebab saya suka berangan. keinginan saya juga jauh lebih besar dari kemampuan saya untuk merealisasikan. Jadi, sekiranya saya tidak mampu mendapatkan buku yang saya senaraikan dalam post ini pada tahun ini, saya akan hantar ke tahun seterusnya (itupun, kalau panjang umur laaaa..).

This is the first time i'm open with my book wishlist. i'll just put whatever title that fancy me. i might change my mind and strike it out later. Just for reference, and maybe motivation, i think this list will be a good one. 

Wednesday, March 7, 2018

BOOK READ 2018

Untuk memudahkan saya buat kompilasi buku-buku yang dibaca sepanjang tahun 2018, saya akan senaraikan di sini. Kalau ada ulasan atau post berkaitan buku tersebut, saya akan letakkan link di sini juga. Semoga pada tahun 2018 ini, saya dapat mencapai misi pembacaan 52 buah buku. Satu buku setiap minggu. 

Setakat mac ini, saya ketinggalan agak jauh. 

Saturday, March 3, 2018

Bacaan Bulan Mac 2018

Ini buku-buku yang saya rancang untuk baca sepanjang Mac 2018. Semoga banyak waktu senggang bulan ini, walaupun semester 3 juga akan bermula bulan ini!

Nanti, kalau sudah siap baca dan kalau kerajinan datang untuk tulis ulasan buku, saya bagi link.